Monday, March 19

biskut cOKLAT chips

 assalamualaikum
selamat malam semua dah makan ke? isshhh tanya pulak kan dah kol berapa ni, mestilah dah makan kan kan...

Macam nak beraya pulak kan he he maklumlah selalunya nak raya baru sibuk2 wat bicikut ni. Tp sekarang anytime kot, ikut mood mama lah. Sebenarnya wat atas permintaan dan sambil2 tu leh la kasi anak-anakanda tersayang mengunyah kan. anak bujangku sorang ni memang hantu chocolate chips ni, yg 2 lg tu pun suker gak...memang kalu setakat sebalang tu sekejap je habisss. Kalu ke Wangsa Walk mesti beli kat famos amos tu  10 hinggit alahai lekat celah gigi je kan.. harum semerbak tak tahan kan he he

resepi ni paling best rasanya,c/p dari buku resepi SIL, buku resepi zaman muda2 dia. katanya c/p pun dari bestfriendnya. Banyak resepi2 bicikut dulu-dulu yg best tau tp yg tak best ukuran lama hu hu

 cHOCOLATE cHIPS

bahan-bahan utama

200 gm butter
100 gm gula perang
150gm gula kastor-daku kurangkan kpd 100 gm shj
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko @ atau lebihkan
 150 gm chocolate chips
150 gm badam cincang
300 gm tepung gandum
1 st soda
esen vanila

cara-caranya

pukul butter dan kedua-dua gula hingga kembang
masukkan telur dan esen vanila
setelah sebati masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk koko dan soda
akhir masukkan badam halus bersama chocolate chips
gaul sebati
kemudian bulat-bulatkan dengan sudu ikut saiz dikehendaki
dan bakar 


ok setakat ini dulu ye 

TERIMA KASIH


2 comments:

  1. kalo dh nm sekut cekelat mesti sedap punya lah..
    baru ni ada buat sekut camni gak..dh siap doh..sy pon panggil anak2 suh depa bualat2 kn..dh siap semua..br tringat lupa nk boh baking powder ngan soda...terpaksa la uli semula...padan muka..

    ReplyDelete
  2. sekut ni kalau makan petang2 sambil tengok tv sedap ni..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

  ✌️Gambar2 raya blm ada sepenuhnya