Friday, April 27

kek butter mood nak balik kampung

 
assalamualaikum

salam hari jumaat yg indah ini. Kesibukan melanda sebelum balik kampung. hu hu tak menang tangan dibuatnya. Kali boleh macam2 nak buat utk bawa ke kampong tp apakan daya, setakat terdaya je la kan. tup-tup ada pula org order kek karemel lagilah buzyy, apapun syukur kan rezeki sebelum balik.


Citer pasal balik Kampung ni, Lazimnya la kalau sembang2 ngan org baru kenal  mesti tanya duk mana? 
kita jawab la duk  Perak he he
 perak kat mana? 
kat Taiping
Taiping kat mana? 
Kat Batu Kurau
ooooo Bt Kurauuuu(panjang sikit ) tempat yg Buah duyan banyak tu, sedap2 pulak tu kan he he Bt Kurau kat kampung apa? 
he he banyak kan soalannya (dalam hati je)
Sy Bt Kurau ke dalam lagi nun di kampung Sungai Jerneh Ijok dekat nak ke Selama dah he he
oooo sana banyak kawasan lata ,sedara makcik ada kat Ijok tu kampung hapa tah, 
 he he he

Wat CK ck  dah siap sedia semuanya ke? Rupanya CK ni org Perak juga, sedara-mara ramai kat Taiping dan Bt Kurau.  Dan Ummizzkitchen jg asal Perak,Jom moh kite sama -sama ke Perak ye. 


tajuknya kek butter mood nak balik kampong he he boleh ke?? Kek butter bukanlah kek yg nk bawa blk nanti tp kek butter ni dah lama buat dah habispun. Tak ingat bila yg pastinya buat untuk makan2 je di rumah. Kakak dan adik yg suker kek-kek camni, simple janji ada kaler-kaler. Si abang tak layan langsung kalu gini melainkan tiramisunya he he

Resepi...resepi simple je. Rasanya kalu yg ada blog terror2 belaka. Lainlah teman yg baru belajor.

KEK BUTTER

bahan-bahannya

125gm butter
125gm gula-kurangkan kalu taknak manis
3 biji telur
125gm tepung gandum
1st baking powder
1st esen vanila
pewarna

cara-caranya

pukul butter bersama gula hingga kembang
masukkan telur satu persatu hingga sebati
pastu masukkan vanila
akhir masukkan tepung yg telah diayak bersama baking
letak pewarna disukai
bakar 35 minit 170c


kek butter ni kalu time raya mesti wat banyak sikit kan, utk jamu tetamu yg hadir lagipun ianya tahan lama. Tak cepat berkulat so memang sesuai . lg sbb yg disukai boleh cicah ngan air teh he he kakakku yg no 3 memang suka cicah air teh. Nak bawa balik pun sonang, tak perlu risau kot2 tunggang langgang ke masa dlm keta tu. Maklumlah perjalanan dekat 5 jam tu. Singgah sana singgah sini biasalah kan, nak ada budak2 ni kejap lapo kejap nak ke toilet he he Driver pun sama kejap nak berasap kejap nak rehat2 ..

oklah ye, doakan perjalanan lami pergi dan kembali dengan sempurna ya. Semoga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yg tidak diingini.

SEKIAN TERIMA KASIHHH

Tuesday, April 24

kuih lompang gula merah @ kasui



assalamualaikum semua

alhamdulillah sehat-sehat je kan, dan masih boleh meneruskan xtvt harian. Anak2 je kurang sehat sikit, si kakak demam selsema dan si smlm si abang pulak. Dua-dua bawa Klinik, sorang suka ubat cecair sorang nak ubat pil, macam2  peragai dan ragam. Harap2 jangan berlarutan, cepat sembuh sb  minggu ni dah la nak balik ke kampung kat Bt Kurau Taiping he he Tak sabar dah ni , rasa rindu sesagt. 
Adik bungsuku sibuk sms macam2 pesanan he he berkali-kali pesan kek caremel feberet dia sekarang tu.
 
 Bila demam ni memang tak ada selera nak makan kan, emmm yg susahnya si abang Is ni ha, sampai masuk angin, gastrik la tu cam mama ni.Budak2 ni dah lah susah nak makan, memilih sokmo, pening mama.
Jadi try wat lompang ni kot2 nak makan. Sikit je makannya hu hu

kuih lompang @ kasui ni sedap kalau kena gayanya. Lembut kenyal2 memang tentulah sedap, gaul kelapa parut memanglah mama sukerrrr he he
resepinya pun macam2 ada, macam2 versi, kaler hijau, coklat kehitaman tp yg ni coklat tak pekat sb guna gula melaka je/ Kalau gula merah yg hitam tu lg sedap kot kan. Penah terbeli Kasui yg sedappp kalernya coklat pekat pastu kenyal2 memang sedappp tul. Memang si pembuat tu pandai menpati citarasaku.

Jalan punya jalan tertarik dgn resepi Kasui http://atieaizam.blogspot.com/
tq ye Atie, akak c/p disini dan dah cuba wat he he

Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan* (*di masak)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • kelapa parut + garam

Cara menyediakannya:
  • Masak gula, gula merah dan daun pandan dengan 1 1/2 cawan air hingga gula larut.
  • Sejukkan dulu.
  •  Ayak kesemua tepung. Ketepikan..
  • Masukkan 3 cawan air dan air kapur dalam bancuhan air gula yang telah dimasak tadi. 
  • Tapis air gula ke dalam tepung dan gaul rata. Tapis bancuhan tersebut dan masak seketika atas api perlahan dalam 10 minit.. kacau selalu sampai pekat sikit..
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang/acuan dulu..
  • Masukkan bancuhan tepung tadi dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.. kalau guna acuan kecil leh kukus dalam 15 minit..

terima kasih

Monday, April 23

tiramisu



assalamualaikum

salam di pagi isnin yg tenang damai ni,,,,firstime pepagi wat entry he he sebelum siapkan diri menjalankan tugas seperti biasa. seblm princess kecikku terjaga. Jap g kena kejutkan mandi nak g ke Taska.
Tak leh citer panjang2 meh layan Tiramisu yg tinggal bekas je ni he he. Tiramisu ni terhasil malam sabtu lepas lg, pagi2 budak2 kat umah dah makan separuh, malam lg separuh terus habissss. Si abang memang la suka sesgt tiramisu ni, jadinya dia je makan, Sarah pun suka gak he he


dah lama dah nak buat tp entahlah nape tak terhasil juga. Mula2 makan tiramisu ni beli kat SR memang terus jatuh cinta isshhhh sedapnya kan. Pastu terus belajar kat Bagus bakery Melawati dgn Cheff Han namanya. Citer ni beberapa tahn sudahhh he he belajor je tp tak wat pun. Balik simpan bertapa dlm simpanan Sebbnya tak berani nk beli bila tgk harga cheese ni . Tp kan bila berblog ni ni ada tgk tiramisu yg guna biskut, cam mudah sikit kan takyah wat wat finger sponge lg. Teruja jg dan terus beli biskut ni kat Bagus. Tu yg terus menerai ni..


Resepi dari Bagus ni alhamdulillah masih tersimpan elok. siap dgn resepi utk finger sponge sekali tau.Belek2 resepi ni dan belek2 juga resepi kat google macam2 kan. Aduhhhh pening kejap, mana satu nk ikut nih. Tp kebykan tak buh mascapone ni tp daku dah terbeli la pulak....akhirnya keputusan mudtamad ikut resepi cheff bagus je la kan. Hentam je ikut mana yg faham he he  belum berpuashati sepenuhnya walaupun anak2 kata sedap dan licin pun dikerjakan.
rasa cam kurang sapuan mousse kat biskut ni ataupun kurang rasa nescafe. nextime kena lebihkan mousse dan kurangkan biskut baru ummmpph

Tiramisu

bahan2 mousse

telur kuning 20 gm- daku letak 2 biji
telur 20gm
gula 75 gm
whipping krim 150 gm -whisk up
gelatine powder 8gm-mix with 25 gm water
Mascarpone cheese 250 gm

cara-caranya

telur kuning dan gula pukul sebati
panaskan air dan letakkan telur yg telah dipukul dgn gula (secara bainmarie)
pukul lg sederhana laju sampai suam
serbuk gelatin jg di bainmarie hingga cair
masukkan gelatin cair ke dlm aduanan telur tadi sambil dipukul sebati
cheese mascarpone dipukul hingga lembut
masukkan whipping krim sedikit-sedikit ke dlm cheese dan gaul sebati kesemuanya

susun biskut biscotti  dlm acuan dan renjs2 air nescafe kemudian  sapu krim mouse tadi  selapis
ulang proses yg sama susun lagi biskut dan renjis air nescafe
diatas sekali biarkan mouse
simpan dlm peti ais beberapa jam atau semalaman
nak makan baru keluarkan dan taburkan dgn serbuk koko
potong dan boleh dimakan

SEKIAN terima kasih pada yg kunjung kesini


Sunday, April 22

pajeri nenas


ASSALAMUALAIKUM

 Jumaat lepas  ke Giant nak cari buah-buahan yg telah kering di rumah ni ,bila habis kerja tu singgahlah kejap ,ternampaklah nenas2 yg bertinbun-tinbun banyaknya he he
dgn harga yg murah beli 2 biji RM2.00. Apalagi  terus ambik 2 bijik, nak beli lebih kot2 masam ke hapa ke kan baik try dulu sikit, jangan tamak kan. Baliknya terus kopek aduhhhh mak manisnya aiii kejap je la ni habis sebijik kena ngap he he memang manis giler nenas ni tau, rasa nak pi lagi beli je


hari sabtunya masih berbaki sebiji kan, rasa teringin lak nak makan pajeri yg dimasak sendiri he he asyik beli je. En Suami pun suke jugak ni kalau kena dgn ikan goreng dan nasi panas mesti sedapkan. Macam kat kampung cuma takda ulam sambal je hu hu  takpelah no janji ada lauk makan tengahari. Sb pasni kena fikir lak menu anak2 ..nak makan apa lee....


resepi ikut sesuka hati he he

Pajeri nenas

bahan-bahannya

sebiji nenas-kopek dan potong pastu celur ngan air panas didih
santan kelapa
rempah kari
udang kering
bawang putih dan bawang merah- dimayang halus
kulit kayu manis & bunga lawang
sedkit halia
sedikit gula dan garam
kerisik

cara-caraku

tumis bawang ,udang kering, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang dgn sedikit minyak 
masukkan rempah kari dan sedikit cili tumbuk hingga wangi
 masukkan santan dan nenas celur tadi
biar reneh , akhir masukkan kerisik , gula dan garam ikut  sesedap rasa
reneh lg hingga hampir kering dan angkat utk dihidang


Selesai he he

memang sedap semalam makan nasi ngan pajeri ni. habis sepinggan he he

TERIMA KASIH YG BERKUNJUNG KESINI

Friday, April 20

buah mulong @ buah melaka


assalamualaikum

salam hari sabtu, hari yg di tunggu olehku he he pagi2 ni dpt duk ngadap pc update entry. Selelum putera dan puteri bangun. Biasa la kan kalu takda program ni sabtu mesti lewat bangun depa ni.
Penah dengar nama buah mulong ni he he nama yg kitaorg panggil kalu kat kg di belah2 Bt Kurau Perak. Tp kat Kolumpur dikenali dgn buah Melaka. Besanya kalu bulan Posa memang nilah yg mesti terhidang kat meja makan, Hari2 pun takpa. Kadang2 sampai ke sahur. Feberet bebenor la kan he he buah mulong ni intinya kelapa yg dimasak dgn gula merah tu. Kalu buah melaka org letak inti gula enau kan. Tu beza dia kot.
Semua adik beradik gemar, buatlah banyak mana mesti habisss he he


Anak yg sulong pun ikut suka dah , ni wat pun atas permintaan dia. Entah malam semalam tiba-tiba teringat nak makan ni. Ye la kan lama jugak tak makan ni. Mama yg rajin pun segeralah buat, sb tepung pulut memang duk ada, inti kelapa sikit ada tinggal lg. Gula enau pun ada duk kat peti ais tu.Apalagi meh layan buah mulong niiii he he angkat je selesai, angkat je selesai issshhhh tak sempat nak biar sejuk. Lapoo benor budak sorang ni.



BUAH MULONG @ BUAH MELAKA


Bahan-Bahan 

500 gm tepung pulut
  4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula enau (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan  gentel menjadi bulat kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.

dah selesai, dah habis pun he he

TERIMA KASIH

Thursday, April 19

kek coklat versi cupcake

 
assalamualaikum dan salam sejahtera 

lama jugak tak wat kek coklat ni kan sampailah si kakak ingatkan hari tu maknanya nak makan lah tu he he
selalunya kalu wat kek coklat dlm loyang makan tak habis, bila dah masuk peti asi tu biar je la hu hu
baik wat kecik2 dlm cup ni, laju sikit pas satu satu kena ngap..masuk peti ais pun takpa..nak makan keluarkan je. Si Sarah pun suka kalu dlm cup ni, mudah kot nak ngap.. macam2 kan ragam anak2 ni



paling suka dgn resepi kek coklat yg ni, mudah dan tak payah guna susu cair. yg pastinya ianya moist tak payah letak topping coklat pun takper. tetap sedap cuma letak coklat rice warna warni ni kasi menarik anak2. Makin lama makin moist tau. Guna blender je pun boleh.
tak pasti resepi ni sumber dari mana sbnya tak pula tertulis kat buku resepi ni. yg ingat dulu2 memang selalu tulis dan simpan resepi2 dari jom kongsi resepi  masa tu belum ada blog , memang hobby tulis resepi2 yg rasa best dlam buku note kesayangan ni  ( dah takda rupa buku pun) he he Kalau sama ngan resepi2 sapa harap maaf banyak 2 ye.dan tq sgt2 diatas resepi yg sedap ni. apapun share kembali disini  utk rujukan kelak.

kek coklat

bahan-bahan utama

1cawan gula halus
2 cawan tepung kek @ tepung gandum
2 biji telur A
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 st soda
1st baking powder

cara-caranya

tepung, koko dan soda diayak-ketepikan
telur dan gula pukul kembang
pastu masukkan minyak pukul lagi dan susu pekat
masukkan tepung  yg telah diayak tadi
akhir sekali masukkan air panas
masukkan dlm acuan atau cup dan bakar 20 minit 170c

selamat mencuba
sekian terima kasih

Monday, April 16

Greyson Chance -autograph session


assalamualaikum dan selamat malam semua

Nak mula cerita dari mana pun tak tau ni , he he entry khas layan karenah anak remaja.  Semalam kan ahad coti so terima ajakan adik ipar ke One Utama Damansara. Si anak daranya nak ambik autograph penyanyi pujaannya yg datang ke Malaysia ni.Biasa la kan budak2 kalu yg comel2 tu minat lah. Sekarang  Greyson Chance, lepas musim sudah Justin Beiber. Tp JB dah tak minat.Si Sarah yg kecik ni pun pandai cerita katanya kak Nina dah x minat kat Justin sebab dia pakai anting2 he he macam2 . 
Sekali pandang si Greyson ni lebih kurang je ngan JB kan, anak mat saleh yg comel lote sb tu kot jadi kegilaan remaja2 skrg. Entahlah...he he dulu2 pun kita camtu kan kalu muka cute tu memang minat. Tp kan dulu minat gitu2 je la, tempek penuh gambar2 artis pujaan kat buku2 sekolah, locker asrama he he tu je yg mampu, mana ada can nak jumpa ke nak tgk kat luar selain TV atau Majalah ni kan. Untung la budak2 zaman la..actually kisahnya anak sedaraku sorang ni. Maklumlah anak tunggal kesayangan apa yg dihajati mesti terlaksana...semua dipenuhi oleh si ibu dan ayah yg berkemampuan. Masa Si Justin dtg Malaysia pun sanggup pi tgk, ni Bila si Greyson dtg mestilah tgk gak kan. Ni baru sessi autograp, selasa ni konsert lak. emmmm...



isshhh ramai betul budak2 minat giler kat si Greyson ni. Pening pening duk dengar depa menjerit sakan hu hu begitu fanatik. mak aiii time Beratur bukan main panjang berjela...nun sampai ke luar pun sanggup asalkan dpt autograph si Greyson. Kelakar pun ada bila tgk gelagat remaja2 kota tak mengira bangsa dan agama ni. Masyaallah excitednya hai ada jg  yg melebihi kewarasan. Sarah ngan mama duk jauh2 je sb biggit telinga.
yg naik sawan pun ada he he sebaik la anak sedaraku & anak2 ku tak excited sampai lagu tu. Masih dlm kawalan .insyaallah semoga tidaklah sebegitu kan. Minat tu boleh bukanlah tak boleh tp biarlah berpada ye tak...ingat pada batas2nya lagi2 kita yg beragama Islam ni. Awal2 pesan kat anak2..zaman sekarang zaman teknologi canggih2 anak2 memang mudah terdedah. Tengoklah 5 tahun dah tau penyanyi itu ini siap lagu2 nya pun tau hu hu nak wat camno ...


 sb penat dah duk bawah tu sesak2. ktorg intai dari atas la pulak he he
smentara menunggu diorg habis baik duduk2 sambil makan2 jajan...
Comel kan ..muka cute miut la masih muda remaja,orgnya pun kecik je lagi kena.ambik gambar poster je  sb Greyson memang dikawal ketat, nak bergambor jangan harap. Masa autograph pun tak dibenarkan bergambor, y e la kan berderet duk beratur kalu sorang kan semua nak posink ngan dia, bila pulak la nak habissss 




dah habis kita isi perut la pulak wehh...lapor dari tengahari tadi he he senyum lebar je budak sorang ni

SELAMAT MALAM DAN TERIMA KASIH YE

Saturday, April 14

PENGAT UBI KELEDEK BERSAM SAGU

 assalamualaikum

salam petang sabtu. Dari tengahri tadi memang mendung je pastu bila petang terus hujan lebat. Bila hujan ni rasanya malas nak kemana-mana w/pun anak2 sibuk ajak keluar. Biasalah kan budak2 ni kecik2 dah pandai boring kalu cuti2 kat umah je. Kejanya nak jalan2 je he he isshhh kan. Sebaik tiba2 SIL dtg ofer nak bawa  budak2 ni ke Wangsa Walk , tengok wayanglah tu apalagi he he bolehlah mama rilex2 kat umah ngadap pc sambil tu makan pengat ubi keledek ni he he meh jemput semua ye

 Lama juga tak layan tekak sendiri, sekali sekala buat pengat ubi ni memang sedap gak Teringat akan bonda dan ayahanda di kampung, mesti suka kalu makan pengat2 ni. Nak pulak hujan2 ni lapo je kan.

tapi kat sini pengat2 tak laku hu hu sorang2 je makan tau. Jadinya wat ciput je dapt semangkuk dua cukuplah. Mama yg kena perabihkan. Sarah yg kecik ni makan tang sagu mata ikan tu je he he ubinya tolak ke tepi. Tak reti budak2 ni bila disuruh makan ubi yg lembut sedap nihhh. Si abang  & kakakkalu wat kuih keria baru makan lah.

resepi yg amat simple rasanya semua wanita2 @ mama2 tau kot kan. he he
daku guna keledek kuning je dlm 2 ketul sederhana. pastu santan pun sederhana pekat. boh gula, garam daun pandan utk harumkan sikit. Masak sampai mendidih. ooppps lupa sagu mata ikan tu penting he he pas basuh tos masukkan dlm periuk sekali. nak sedap lagi tambah gula merah sikit
dah mendidih dan ubinya empuk bolehlah makan he he

ok jom makan...

TERIMA KASIH YG SUDI BERKUNJUNG KE SINI YE


Thursday, April 12

pulut kuning + rendang ayam


assalamualaikum
Syukur kepadaNya diatas segala limpahan kurniaannya. Amin
Alhamdulillah tercapai jg hajat nak pastikan si abang Is khatam Quran tahun ni, sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Ini pun kiranya dah lambat kan, kalu sepupu2nya tahun 4 dan 5 dah siap khatam. Lambat jugaklah, apapun syukur alhamdulillah. 
Anak2 mengaji dengan SIL @ maklong diorg je, cuma tahun lepas bila Fil jatuh sakit memang jarang2 mengaji sb SIL kena jaga FIL , kadang2 kat hospital ,boleh dikatakan  byk masa kat spital hinggalah lepas raya Arwah FIL telah menghembuskan nafas terakhir. Baru anak2 sambung mengaji dgn teratur semula.
Si kakak pula ada beberapa juz lagi.



Buat pulut kuning ni tak plan pun, ingatkan nak suh mak wat masa balik kg nanti tp bil dan encik suami yg beriya-iya nak wat dulu. Bukan makan di rumah tp bawa ke tempat encik suami belajar. Baca doa di sana.
Buat pun tak banyak beli sekilo je dan seekor ayam pastu tambah sambal ikan bilis.
Balik kol 6 terus bergegas ke dapur masak rendang dan kukus pulut. Sambal dan bahan2 mesin utk rendang tu SIL dah siapkan dulu tengahari sblm pegi spital.

Resepi pulut

sekilo beras pulut- direndam semalaman bersama sedikit serbuk kunyit
selepas disejat kukus pulut dlm 25 minit
angkat kemudian digaul dgn santan pekat yg dicampur garam hingga sebati
dan kukus lagi sehingga masak dlm 25 minit lagi
pas masak gaul sebati dan tekan2 sikit

TERIMA KASIH

Tuesday, April 10

donut paaaling sedappp izahdaut



assalamualaikum

salam sejahtera dan selamat bercuti sempena Pertabalan Yg Dipertuan Agung. Alhamdulillah hidup mesti diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yg baik.
Dapat bersantai2 hari ni, dek cuti umum. He he suker kalu cuti2 ni kannnn. 
yessssssss paling gembira sebab dpt menguli doh donut paaaaling sedapp Izahdaut ni. Celik je mata memang teringat akan donut ni he he tak sabar nak menerai. Memang betul tak tipu arr donut ni sedap bangat dan lembut gebussss. pas goreng je terus merasa, ngap kemulut seketul he he
Emmm esok dah plan nak wat lg utk budak2 taska.Tengah suker bebenor he he
Sayangggggggg izah he he TQ VERY2 MUCH YE

Resepinya pun mudah je dan paling penting tak yah tunggu lama 2.
utk resepi asal boleh ke blog izah ye http://izahdaut.blogspot.com/2012/04/donut-paaaaling-sedap.html

 akak salin resepi disini ye izah wat rujukan


DONUT KELEDEK JEPUN
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun* Akak guna kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega* akak letak shotening
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.


memang sedap sungguh he he buat peminat2 donut mesti suka punya ngan donut ni. dan jangan lupa menerai sendiri ye

TERIMA KASIHHHHH

pemutus segala kenikmatan

 
gambar dari google

assalamualaikum

Al-fatihah buat arwah Wan yg telah kembali ke rahmatullah pada petang jumaat lalu 6 hb April 2012. pada usia menjangkau 95 tahun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin
 seperti tak percaya Wan kini tiada lagi di dunia ..w/pun berusia Wan masih kuat bertenaga malahan rasanya lebih sehat dari yg berusia 60 tahun. Dlm usia sebegini Arwah Wan amat rajin...menyapu sampah keliling rumah malahan rajin menguruskan pokok2 bunga yg menghiasi lamannya. Pasu2 tersusun, itulah kerja Wan setiap hari pagi2 membersihkan pasu2, dan pokok2 bunganya. Sehinggakan hari2 terakhirnya pun disebabkan kerja2 tersebut. Sehari sebelum menhembuskan nafas terakhir Wan membersihkan seluruh pasu2 dan kawasan belakang rumah...memang bersih seolah-olah Wan tahu ini tugas terakhirnya..ESOK tak akan lagi dpt melakukannya. Amat kagum sebenarnya dgn  Arwah.
kalau nak ceritakan memang panjang lebar..tp .memang seronok Tiapkali kunjung ke rumahnya 
Selepas ni kunjungan ke rumahnya tiada lagi dpt kami disambut dgn senyuman Arwah ...pasti sunyi, tidak dpt lg berbual-bual, tiada lg kata2 nasihatnya yg akan didengar..nasihat yg selalu diungkapkan padaku katanya .PERLU BERSABAR DLM KEHIDUPAN INI akan tetap dlm ingatan.
AL-FATIHAH...

Itulah hakikat kehidupan  kita yg bergelar manusia kan..HIDUP PASTI AKAN MATI.



Pemutus Segala Kenikmatan

كلو نفسين ذائقة الموت, ertinya setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja.
Begitu banyak uraian para da’i atau da’iyah yang menceritakan bagaimana hebatnya sakaratul maut. Berapa kali kita melewati makam atau pergi ta’jiyah kepada kerabat kita yang meninggal? Dan berapa kalikah kita melawat orang sakit? Akankah perjalanan kita tersebut berbuah hikmah untuk diri kita sendiri? Atau sekadar menjaga hubungan baik dengan sesama saja? Jika semua berfikir, saat menziarahi orang yang meninggal dunia sampai mengkafankannya hingga menguburkannya, sambil merenung, berfikir bahawa yang dikafani dan dikuburi tersebut adalah diri kita, di mana roh kita melihat, bagaimana jerit tangis keluarga yang ditinggalkan. Mungkin ada benarnya juga cerita dari Nasrudin Hoja,
Kita lahir ke bumi menangis dan ketika mati kita meninggalkan tangisan dari orang terdekat kita.
Kita pun dicekam ketakutan dengan pertanyaan dalam kubur yang belum tentu mampu untuk menjawa Astaghfirullah.
Saat itu kita lupa kalau kita adalah antara orang yang berkedudukan tinggi, dan orang yang paling kaya di kampung kita, di mana kita adalah orang terkenal yang banyak dipuji dan dipuja.
Rasa sakit dicabut nyawa masih terasa, jerit tangis keluarga tidak mampu meredakannya. Kain kafan dipersiapkan, penggali kubur terus menggali, pengziarah datang bersilih ganti, akankah sang mayat mampu berteriak?
Jangan!! Aku ingin hidup seribu tahun lagi!! Aku ingin bertaubat sebelum mati! Ingin beribadah dan memperbaiki kelalaianku. Begitu lelah aku mengumpulkan harta! Begitu aku telah mencapai dalam meraih keduniaan semata! Akankah semua itu aku tinggalkan???



  ✌️Gambar2 raya blm ada sepenuhnya