Friday, November 30

cicah nenas + mangga + kuah rojak

 assalamualaikum
salam hari jumaat...semoga diberkati...
sebelum tu nak khabarkan dulu kawan kita Jassnani http://jassnani.blogspot.com/ yg pregy 7 bulan skrg berada di wad 5E hospital Serdang kena admit sb air ketubannya keluar sikit2 so doktor tahan sb nak pantau serta bg injection utk kuatkan jantung babynya. Alhamdulillah tak ada apa2
sebenarnya semlm plan dgn dia nak jumpa kat MAHA Serdang dan akak nk hantar kek coklat karemel sb hari tu tayang dah tgk tu kenalah bg rasa nanti kempunan he hee

Sampai Maha jam 3 lebih jalan2 dulu dlm kol 6 baru call Nani sb 6 ptg habis keja kan tp terkejut jgalah bila Nani bgtau kat wad. Terus akak ke sana melawat. Dengar cerita apa kisahnya.
Kita doakan yg terbaik buat Jasnani ye...semoga tak ada apa2 
ok ye last entry sblm esok cuti-cuti Malaysia. Tak jauh pun Ke Lumut je, Damai Laut utk 3 hari 2 malam, Pastu langsung lajak ke Kampung halaman utk makan buah2 tempatan yg tengah melimpah skrg nak lagi durian rambutan dan manggis..sedapnya kan..nak makan manggis puas2..sapa2 nak makan doyan meh dtg ke kampung akak di Ijok bt Kurau Taiping Perak ye..ikut Grik pun lagi dekat. Makan free  je he he

sb tengah musim buah kita tunjuk buah lah ye he heee tp ini buah nenas dan mangga je 
mangga ni buah dari pokok jiran yg tanam tepi jalan depan umahnya...tp kita jg yg selalu makan he he tumpang sb buahnya pun boleh tahan sentiasa berbuah. So tok mid tu duk suruh jolok je kalu nak makan..
nenas pula memang kesukaan tp sekali sekalalah..bila nampak kat giant tu jual dgn harga singgit satu biji, Manis sebenarnya nenas ni. nak sedap cicah dgn kuah rojak buah ni.emmm memang lajulah

ok ye jumpa lagi

Thursday, November 29

new york blueberry cheese cake

assalamualaikum...salam sejahtera

Tugas sebelum cuti2 Malaysia dan jg balik kg makan durian, kasi clean and clear segala stok2 dlm peti ais heeeee karang ada pula yg kena buang kan kann jdnya sblm terjadi baik chek dulu kan. Tak baik nak membazir ni..inilah salah satu darinya cream cheese philadephia ada duk tersorok seketul lg. kalau butter tu takper kan ini cheese siap tarihk expired maknanya kenalah buat sesuatu kan. 
Balance blueberry pun ada lg, susu segar pulak tercicir kalu idak dlm kepala ni fikir nk baking cotton cheese cake je
Seb baik ada en goggle makanya kita cari resepi apa yg patut. yg bersesuaian dgn bahan2 yg ada ni ha. Jalan punya jalan singgahlah kat dapur K.SHEILA intai2 kek2nya  amboi sedapnya bila tgk satu kek ni namanya kek N.Y C.C  ...meleleh airliur . Tgk bahan2nya pun orait sesuai sgt.Apalagi salin cepat2 malam esoknya terus membaking sb semua bahan2 ada kan. 
Taraaaaaaaaaaa hasilnya fuhh alhamdulillah jadi . Tak sabar nk kasi sejuk dlm peti ais si adik dah rasa he he. mama turut rasa la sikit sepotong pun jadilah kan he he itupun lepas letak blueberry ni aduhh tambah sedap
aii takleh banyak2 ni karang tambah gomukkk he he
tqqqq k.sheila sb share resepi N.Y C.C  ni ye...semoga berpanjangan pahalanya. 
Utk yg nak try boleh masuk ke

http://spicesjourney.blogspot.com/2012/05/new-york-cheese-cake-with-blueberry.html

ok jom jemput makan ye


Tuesday, November 27

program himpunan wanita muda 2012


Assalamualaikum semua

hari ni tukar cerita ok, bukan masak2 lg, boleh ekk sekali sekala..
cerita xtvt hari ahad lepas kat PWTC . himpunan wanita 2012
seluruh Malaysia. inspirasi Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Silau mata dengan warna pink.

Ada mcm2 bengkel, b.kesihatan,grooming, make-up, pengurusan kewangan dll , ruang jualan dan pameran , solekan, fesyen ,masakan, fotografi . Sempat ktorg raound tgk kedai2 antaranya inilah Dinaz pelakun , Sgt comel  Dinaz Mohktar ni tau, bila tgk depan mata sangat mulus kulit wajahnya tu..biasa le artis kan mestilah cantik..tp yg penting sabar je melayan kerenah ramai2 ni .
Dinaz tokey butik baju2 untuk breast feeding, cantik2 baju ibu dan anak yg sedondon.

 Seramai 12 wanita2 muda yg berjaya dlm bidang2 berlainan dpt anugerah kesatria antaranya Dato Siti ni. Product Simplyciti jg ada dijual dgn 50%, snap dari jauh malaslah nk kedepan tu he he
makan tengahari ramai2,...pastu cabutan bertuah, sb member dah pening kepala so balik awal tu pun jam 5, walaupun progaram belum habis sebenarnya. 
Tak dpt dengar  segmen khas oleh  Ustaz Fathul Bhari, Dato Cheff Wan, Dato Sheikh Muzafar  di akhir acara menceritakan 'Dibelakang kejayaan  Seorang Lelaki' .

Minggu ni agak buzy sebelum mula bercuti minggu depan.
mcm nak kena buat keperluan sekolah lagi kena siapkan terutama baju2 dan kasut si abang dan kakak. Adik ok dah setle tengah tunggu nak ambik je uniform Pra.
yg tak sabarnya ni nak balik kg makan durian heehee manggis ,rambutan tungguuuu kepulanganku he heee

Monday, November 26

kek coklat lagi

assalamualaikum

kek coklat lagi...lagi-lagi kek coklat he he...memang tak jemu kan
nak lagi cuti2 sekolah ni kan. 

cuma kali ini mama telah mencuba resepi lain...telah mengopy pastelah resepi yg tak penah buat sebelum ni
nampak lain kan...kalu ikutkan banyak sgt resepi2 kek coklat dlm simpanan baik yg ambik dari intenet mahupun dari majalah2...nampak je resepi kek coklat pasti koyak dan simpan sampaikan tak tahu mana satu yg dah try mana satu ok h hee
cuma sebelum2 ni agak setia dgn resepi kek coklat yg  dah biasa buat dan menjadi. Rasa pun menepati.



yg ni resepi setelah nampak sgt 2 menyelerakan di blog AZIE KITCHEN..apalagi kita pun cubalah dan paling pasti sebabnya adalah sbnya mudah dicampur je semua dan satu sb lg ada fresh milk yg masih berbaki...ok jom tgk resepinya ye

 BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
sumber: Happy Cooking Time

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil @ minyak masak je
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe) 

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
akhir sekali baru masukkan air panas dan setelah sebati masukkan dlm acuan 
bakar dlm 50 minit



tgk lah tu nampak sedap kan...bukan nampak je tau tp memang sedap...jg kelihatan mcm padat tp sebenarnya lembut tau.

Saturday, November 24

buah apa??? mulberry rupanya



assalamualaikum
apa khabar semua...alhamdulillah sehat ye 
Ok baru2 singgah sekejap rumah my boss, sementara menunggu tu terpandang buah2 yg comel ni ..geramlah tgk
kebetulan kamera ada terus snap he he katanya buah sebutan ada bery2 he he bukan strawbery or bluebery sb kita kenal dan penah tgk cuma yg ni jakun sikit sb tak penah tgk depan mata sendiri ..rupanya Mulbery
rasa ohhh belum pernah, kalu nak makan kena yg kalernya agak merah gelap baru sedap kalu cerah2 ni masammm
rupanya banyak khasiat buah ni tau..cuba baca dibawah info yg kita dapat dari hasil google
info boleh tgk http://blogtokwan.blogspot.com/2011/03/khasiat-buah-dan-daun-mulberry.html

Mulberry adalah sejenis buah yang
 rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.
Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
baguskan...bolehlah tanam lepas ni ye tp dalam pasu je lah he he

ok jumpa lagi




Friday, November 23

talam suji

assalamualaikum ...salam sejahtera semua

alhamdulillah kerana masih diberi peluang utk update disini...
hari yg indah dgn cuaca yg cerah dimulakan dgn sarapan yg berkhasiat kan he he makan apa tu?


sedapkan kuih talam ni, semalam kita buat dan pagi ni potong2 makan pagi dan bawa ke taska kasi budak2 makan jg sb banyak dptnya ..
sumber resepi disini  /talam-suji. blh tengok ye

ok jumpa lagi

Thursday, November 22

kek coklat moist berkaremel

 assalamualaikum
apa khabar semua yg masih sudi intai-intai disini
Sehat...alhamdulillah syukur tp andai tak sehat alhamdulillah jg sbnya kesakitan itu ibarat gugurnya dosa2 @ kesalahan kita sebagai hambaNya..

 wokey masuk terus ke menu yg sempat dicuba baru2 ni ye...actualy dah lama simpan resepi ni org lain dah lama bikin kita baru nk buat...kan kan
masa mula nampak tu sgt2 teringin nak mengodek tp asyik tertunda-tunda hu hu asyik2 kek caremel warna warni tu je duk masuk oven. Minggu ni minggu kek karemel, lepas satu persatu yg berminat. Alhamdulillah..Haaa tapi kan lepas adik2ku order  kek caremel  2 hari lepas adalah 1/2 tin lagi lebihan susu cair...cepat2 masuk dapur sblm bertukar rancangan lg he he akhirnya sambil mengadap lappy terhasil jg akhir kek ini.

 amacam ok tak, meleleh tak air liur tgkk ni hahha suker caremelnya tu emmm yummy sangat
cuma kek coklat tu agak hitam legam kan walaupun dah letak separuh je coklat.
resepinya kita c/p dari blog adik manis Zila4ever, sumber dari kak Sheila. Tq ye kita paste kat sini


KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber 1: Chahaya Sheila
sumber 2;  Zila4ever

(A) Bahan (Gula Karamel) 
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

  1. (C) Bahan Kek Coklat
    • 1 cawan serbuk koko - akak guna 1/2 je
    • 1 cawan susu cair 
    • 3/4 cawan susu pekat manis
    • 3/4 cawan gula 
    • 1 cawan minyak masak *
    • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
    • 3/4 cawan tepung gandum *
    • 1 sudu teh soda bikarbonat *
    • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
    • 4 biji telor - blend hingga halus

    Cara-Cara:-
    1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
    2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
    3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
    4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
    5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
ye memang sedap, makan jg sepotong yang lain tu anak2 habiskan. Sedap kata kakak....boleh buat lagi kalu rajin he he

Tuesday, November 20

hilang sudah debaran UPSR 2012 & sekitar lawatan




assalamualaikum
bersua lagi..alhamdulillah hari ni nampak cerah, awan pun membiru matahari turut memancarkan cahayanya, emmm bolehlah kain2 baju yg masih lembab2 tu kering hari ni kan.

Tamat sudah debaran adik2 tahun 6 dan jg para ibu2 dan bapa2 bila result UPSR 2012 sudah diterima semalam kan.  Sekalung Tahniah pada adik2 yg dpt 5A , ramai kan adik2 yg berjaya dgn cemerlang turut bangga melihat wajah2 ceria mereka. 
Buat anakanda sulongku SAIF AL-MUQMIN...satu-satunya anak bujang kami yg lain dari yg lain ni. walaupun hanya 4A 1B tp cukup membanggakan mama dan abah jg.Bangga sb Abg Is seorang anak yg sgt berdikari, sgt memahami keadaan mama dan abah...
walaupun mama kurang beri perhatian pada abg Is tp anak mama dpt  buktikan boleh berjaya jg..study sendiri
Syabas ye.Perjalanan yg masih jauh...doa yg tak penah putus dari seorg ibu agar anaknya jadi insan yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat...




gambar2 ini sekitar lawatan Abg Is ke  Perak baru2 ini sebelum cuti penggal akhir tahun...

Sunday, November 18

cucur gelang ubi keledek oren

 assalamualaikum
salam sejahtera buat semua
cucur gelang @ komesialnya dikenali dgn kuih keria
memang kesukaan anak sulong kita ni, selalu kalu kat kampung tu opahnya korek ubi kayu dan mama watkan keria ni kasi kenyang

sb apa opahnya kesiankan abang is yg tak makan nasi tu. Org lain kekeyangan makan nasi ramai2 berhidang dia duk tengok je hu hu
kalu pagi2 tokki ajak g kedai beli roti canai je tp bila tokki tak sehat resepi cam biasa yek he he pakai buh je main agak2, rasa 
paling seriau kalu wat kuih keria ni bab nak sira gula tu he he alhamdulillah kali ni blh dikatakan elok je gula nya
utk resepi lebih baik ikut sukatan blh jenggah 
disini  dan .disini


cucur gelang @ keria



Bahan-bahan
  • 400 gm keledek oren
  • 1 cawan tepung gandum* tambah sikit sb lembik
  • 2 sb gula untuk menyira dan sedikit air
  • Cara-cara

  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum bersama keledek sampai sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Saturday, November 17

tengok wayang....Ajiboy


Selamat berhari minggu semua
axtv agak bosan buat mama tp disukai anak2 hu hu tengok wayang
perubahan usia kot he he dulu agak suker tp cuma skrg rasa mcm buang masa sangat kalu duk perap dlm panggung gelap ni he he
kan best masak2 ke he he

 satu2nya cerita melayu yg ada time ni di Wangsa Walk  Ajiboy...yg lain kebanyakan cerita org putih dlm 18sx. kalu Nemo 3D ok gak tp sayangnya gak ada...
si abang dan kakak pula nak tgk citer org putih citer hantu tp tak sesuai utk si adik la kan..
apapun bolehlah kan layan sekejap...temankan buah hati2 ni

Tengahari ni ujan lagi....wah tarik selimut ni best kan he he

Friday, November 16

kek karemel angry bird for birthday Anissa

Assalamualaikum
semoga sehat2 hendaknya kita semua
Bila cuti, keja, cuti dan keja selangseli ni mood pun sambung2 kejap ok kejap tak ok he hee macam angry bird tp bila bab keja tetap kena ok ..

kek birthday anak buah yg sambut besdaynya awal November lepas baru nk tayang disini. Anak buah sorang ni memang suker sgt kek karemel, sorang pun  blh dia hadap dan habiskan dlm sehari je heeehh dasyattt kata maknya.
memandangkan besdaynya kena jg ada kek , maknye suruh akak je buatkan  sebiji tp bukan saiz biasa sb ramai jg nak makan nanti...akak tambah 1/2 adunan lg jadilah kek besar ni dan utk cantikan kek hias dgn butter krim yg simple bersama gambar angry bird gini. Bolehlah kan..yg penting besday girl memang suker ...


KEK PUDING KARAMEL

Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)

Sumber: Anna Qawina


(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)

Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat manis-

1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum * sy guna tepung kek

70 gm gula kastor

3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

D) Merinque

6 bj putih telur

70 gm gula kastor

1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,

Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.

Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.

Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!



Wednesday, November 14

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH & kek chiffon coklat

 assalamualaikum....salam Maal Hijrah buat semua
blm terlewat lagi kan, kedatangan Muharam yg pastinya membawa sinar baru buat kita semua. Semoga setiap dari kita menghayati erti sebenar Maal Hirah kali ini.
Selasa cuti Depavali dan keja semula pastu cuti lagi Awal muharam...cuti sambung2 kan. mesti ramai yg ambik kesempatan ambil cuti kat tgh2 tu kan jadikan cuti panjang seminggu utk CCM bersama keluarga tersayang.


Bila mood rajin datang, maklumlah cuti kan hehh kita bolehlah layan kek pula ye  kek yg lembut gini mestilah kek chiffon kan. Sebelum ni cipon pandan, oren dan yam sudah dicuba...memanglah digemari sb kelembutannya tu. Tp kali ni nak buat cipon coklat, alhamdulillah boleh dikatakan menepati . Sukernya kan...heheeee

 RESEPI KEK CHIFFON COKLAT
sumber: Hana 


Bahan A
  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum - hana gune tpg SRF
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder


Bahan B
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus 

(bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.

  1. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.

  2. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

  3. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan dan dipotong utk hidangan
wokeyy SALAM MAAL HIJRAH DAN JUMPA LG 

Tuesday, November 13

ke klcc

assalamualaikum
Atvt isnin lepas bawa anak2 kat taska ke KLCC, masuk Petrosains, mandi manda dan cuci2 mata. Kesana naik lrt je he he 
Baru 15 org tp mcm2 he hee 
posink sblm masuk petrosains..Bayaran kanak2 5hinggit dan dewasa 10 ringgit je..

dinosor besarnya....




part paling digemari.....mandi manda tp cuma sekejap sb hujan turun hu hu
yehoooooooooo melompat gumbira dpt jalan2 ke KLCC....next kita g ZOO NEGARA  pula ye

k..jumpa lagi

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...